Thursday, March 27, 2014

SEGALANYA BERMULA DI SINI....

Pada tanggal 11 Mac 2013, Kumpulan AURA MESTIKA telah mengorak langkahnya yang pertama dengan menyertai pertandingan Semarak Tari Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Petaling Utama. Banyak juga sekolah rendah sekitar daerah Petaling Utama telah menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah berkat usaha daripada guru - gurunya Pn. Asmawati dan En. Che Yeop serta tunjuk ajar yang begitu baik dari jurulatihnya Cikgu Kenit, ditambah lagi dengan sokongan padu yang tak berbelah bagi daripada para ibu bapa telah membuahkan hasil. Pasukan AURA MESTIKA telah mendapat JOHAN di dalam pertandingan ini. Selepas itu pasukan ini tidak berpaling ke belakang lagi dan terus mengorak langkah menuju ke puncak. Tahniah anak - anakku... Syabas Pn. Asmawati... Syabas Cikgu Kenit.... Terima kasih daun keladi untuk ibu bapa sekalian....